Syeikh Abdul Qadir Al Jailani, berceramah pada Jumaat pagi, tarikh 5 Rejab, tahun 545 H. di Madrasah :
Di riwayatkan dari Nabi Muhammad SAW baginda bersabda yang bermaksud :
" Lihatlah orang sakit dan hantarkanlah jenazah ! Sesungguhnya hal itu akan mengingatkanmu kepada akhirat ! "
Rasulullah SAW menghendaki agar hal demikian ini dapat mengingatkan kepada kehidupan di akhirat. Padahal kamu justeru itu tidak pernah mengingatinya, bahkan menyukai kehidupan dunia yang sebentar lagi akan meninggalkanmu dengan tidak terhormat. Tak lama lagi kamu akan meninggalkannya dan kamu tidak membawa apa-apa. Akibat sesuatu yang kamu simpan dan kamu sukai itu telah diambil. Kamu akan mendapatkan murka dan penyesalan sebagai ganti kegembiraan yang pernah kamu alami..
Wahai orang yang lupa ! Wahai orang hina ! Ingatlah ! Kamu tidak diciptakan untuk dunia, tapi diciptakan untuk akhirat. Wahai orang yang lupa daratan ! Keinginanmu hanya memperturutkan syahwat, menikmati kelazatan dan mengumpulkan harta yang melampaui batas. Inderamu hanya kamu sibukkan untuk main-main. Jika peringatan akhirat dan kematian memperingatkanmu, kamu hanya berkata,
" Kehidupanku semakin susah "
Lalu kamu mengisyaratkan kepadamu dengan begini dan begitu. Peringatan akhirat iaitu ' uban' yang telah tumbuh dikepala. Akan tetapi kamu mencukur atau mewarnakannya kembali.
Jika ajalmu tiba, apa yang kamu lakukan? Jika malaikat maut dan rakan-rakannya datang, apa yang akan kamu perbuat.? Jika rezekimu terputus dan kesempatanmu telah habis, dengan apa kamu akan menolak? Tinggalkan kegilaamu ini. Dunia ini diciptakan untuk beramal..Jika disitu kamu beramal tentu mendapat upah. Ia merupakan tempat beramal dan sabar atas segala ujian. Dunia merupakan tempat kesulitan sedangkan akhirat merupakan tempat ketenangan..
Seorang mukmin yang telah bersusah payah, bererti ia telah berusaha untuk mendapatkan ketenangan kelak. Adapun kamu tergesa-gesa untuk mendapatkan kenikmatan dan melengah-lengahkan waktu untuk bertaubat. Dari hari ke hari, bulan bertemu bulan, sampai ajalmu tiba. Sebentar lagi kamu akan menyesal kerana tidak mahu menerima nasihat ini dan kamu tidak tergugat untuk membesarkannya..
Wahai orang yang tertipu!.. Tiang atas kehidupanmu telah retak.. Dinding kehidupanmu juga telah condong.. Bahkan rumah yang kamu tempati telah roboh.. Kamu harus segera meninggalkannya.. Dan pindah ketempat lain.. Carilah rumah akhirat..! Langkahlah kakimu ke sana..! Apakah kakinya.? Kakinya iaitu amal baik.. Persembahkan hartamu untuk akhirat.! Supaya kelak kamu boleh mendapatkannya di sana.. Wahai orang yang tertipu oleh gemerlapnya dunia.! Wahai orang yang sibuk dengan sesuatu yang tidak bererti.! Wahai orang yang meninggalkan kemuliaan dan sibuk dengan para hamba.! Celaka kamu..!
Kamu tidak akan selalu berkumpul dengan dunia, kerana budaknya tidak akan merelakannya. Keluarkan ia dari hatimu. Lalu kamu akan melihat akhirat, bagaimana ia datang mempengaruhi hatimu. Jika pengaruh positif telah datang dihatimu, lalu dipanggil untuk mendekatkan diri kepada ALLAH Azza Wajalla. Dan ketika itu, akan kelihatan cacat kebendaan. Kemudian carilah di situ kesempurnaan hati dan kebersihan jiwa..
Wahai ghulam ! Jika hati telah suci maka ALLAH Azza Wajalla, para malaikat dan U'lil Amri akan datang untuk meluruskanmu. Jika telah demikian, maka kamu bagaikan gunung yang tidak akan tergoyang oleh angin atau tertembus oleh tombak. Hatimu tidak akan silau melihat dan berkumpul bersama makhluk, serta tidak akan terkoyak oleh kuku tajam dalam hatimu. Bahkan kebersihan hatimu tetap terjaga..
Wahai kaum ! Orang yang beramal kerana makhluk dan berharap kepada mereka, bererti ia telah cacat. Ia telah melarikan diri dan menjadi musuh ALLAH Azza Wajalla. Ia telah mengkufuri ALLAH Azza Wajalla dan nikmat-NYA. Ia tertutup di benci dan dilaknati oleh ALLAH Azza Wajalla. Para makhluk selalu mencuri hati, kebaikan dan agama. Mereka membuat kamu musyrik dan lupa kepada ALLAH. Mereka ingin agar kamu mempertahankan dirimu, tidak mengikuti mereka. Carilah zat yang menghendaki keuntunganmu dan bekerjalah dengannya. Itu lebih baik daripada orang yang ingin mengaut keuntungan darimu..
Jika kamu terpaksa memerlukan sesuatu, mintalah kepada ALLAH Azza Wajalla, jangan kepada makhluk.. Sesungguhnya yang paling dibenci oleh ALLAH adalah orang yang meminta dunia kepada sesama makhlukNYA.. Mintalah pertolongan kepadaNYA.. DIA yang Maha Kaya, sedangkan semua makhluk adalah faqir.. Mereka tidak dapat memberikan bahaya atau manfaat bagi dirinya sendiri, apalagi bagi orang lain.. Sesungguhnya pada permulaan.. Dia menghendaki agar kamu menjadi orang yang mencari kepadaNYA.. Sedangkan nanti apa akhirnya kamu menjadi yang dikehendaki oleh-NYA.. Seorang budak yang masih kecil akan mencari ibunya tapi kalau sudah besar, jesteru ibu yang akan mencarinya.. Carilah kasih sayang-NYA
Jika DIA mengetahui kesungguhanmu mencari-NYA, maka DIA akan menghendakimu.. Jika dia mengetahui kesungguhan cintamu kepada-NYA, maka DIA akan mengasihimu, menunjukkan hatimu dan mendekatkanmu daripadaNYA
Bagaimana kamu dapat bahagia, jika nafsu nafsumu watakmu dan syaitanmu, kamu biarkan.. Bersihkan tangan-tangan kotor itu.! Sungguh kamu akan melihat sesuatu sebagaimana aslinya.. Bersihkan nafsumu dengan memerangi dan mengendalikannya.. Singkirkan watak busukmu dan syaitanmu, maka kamu akan dapat menemukan DIA.. Bersihkan semua tangan-tangan kotor itu, sungguh akan hilang tabir penutup antara kamu dan ALLAH Azza Wajalla.. Hingga dengannya, kamu akan melihat sesuatu selain DIA. Kamu akan melihat dirimu dan selain kamu. Kamu akan melihat cacatmu, lalu menghidarkannya, juga melihat cacat selain kamu, lalu meninggalkannya pula..
Jika kamu telah sampai pada tingkatan ini, lalu DIA akan mendekatkanmu dan memberimu sesuatu yang belum pernah terlintas dalam hati manusia. Dia akan membuka pendengaran dan penglihatan hatimu.. Dia akan menjaga kesuciannya, memberi pakaian dan memakaikan mahkota kepadamu dengan mahkota kemulia-NYA.. Dia akan memimpinmu dengan pimpinan-NYA, menolong, menguasai dan memiliki dalam sekalian alam. Dia akan menjadikan para malaikat sebagai pelayanmu, serta memperlihatkan roh-roh para Nabi dan Rasul-NYA kepadamu. Maka tidak ada lagi rahsia makhluk bagi kamu.
Wahai ghulam ! Carilah makam ini ! Harapkan ia dan jadikan ia sebagai cita-citamu. Tinggalkan semua kesibukkan mencari dunia ! Sesungguhnya dunia dan segala sesuatu selain ALLAH Azza Wajalla tidak dapat mengenyangkanmu. Dialah yang membuatmu kenyang, manakala kamu berhasil mendapatkan keuntungan dunia dan akhirat. Tinggalkan orang yang memujukmu dan carilah zat yang mencarimu..
Belumkah kamu mendengar firman ALLAH Azza Wajalla..:
" Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi ALLAH.."
(Q.S. Al-Maidah : 54)
Dan firman ALLAH : " Dan sesungguhnya kami pada perjumpaan-MU amat rindu.". Dan menciptakanmu, agar kamu berbakti kepadanya. Jangan sampai kamu terlena oleh selain DIA.. Kamu jangan sampai memadu kasih antara DIA dan sesuatu yang lain. Jika kamu mencintai yang lain hanya sekadar belas kasihan atau berlaku halus atau pula kerana taqwa, hal itu masih boleh.. Akan tetapi bila mencintai sampai meresap ke hati sanubari, lalu hal itu tidak diperbolehkan..
Nabi Adam a.s ketika terlena kerana asyik mencintai syurga dan taman-tamannya, lalu kemudian ia di pisahkan dan dikeluarkan dari syurga dengan sebab memakan buah 'Khuldi'. Ketika itu hati Adam a.s. terlalu menyintai Hawa, lalu keduanya dipisahkan sampai jarak tempoh 300 tahun.. Nabi Adam di tanah Sarandab, sedangkan Hawa di tanah Jiddah.. Demikian pula Nabi Yakub, ketika hatinya terpaut kepada puteranya Yusuf. Lalu keduanya di pisahkan.. Juga Nabi Muhammad SAW.. Manakala terlalu menyintai Siti Aisyah, lalu keduanya dipisahkan oleh peristiwa 'Qadzef'. Sehingga Nabi SAW tidak melihatnya dalm beberapa hari..
Ikatkan dirimu dengan ALLAH Azza Wajalla .! Jangan dengan yang lain.! Jangan sampai kamu terlena oleh sesuatu selain DIA.. Tempatkan makhluk di luar hati mu.. Berikan tempat dalam hatimu untuk ALLAH.. Wahai penganggur .! Wahai pemalas.! Wahai orang yang enggan menerima himbauan.! Jika kamu mahu menerima dan mengamalkan ucapan yang aku sampaikan ini, tentu keuntungan bagi dirimu sendiri..
Dalam hal ini ALLAH Azza Wajalla telah berfirman.
" Baginya (pahala) kebajikan yang di usahakannya. Dan atasnya (dosa) kejahatan yang dilakukan.." (QS Al Baqarah : 286 )
Dalam ayat lain ALLAH Azza Wajalla, telah berfirman yang bermaksud..,
" Jika kamu berbuat baik nescaya kamu berbuat baik untuk dirimu.. Dan jika kamu berbuat jahat maka (balasannya) untuk dirimu pula.." (QS Al Israil : 7)
Kelak orang akan menerima masing-masing pahala amalnya dalam syurga atau menerima siksa kejahatannya dalam neraka..
Nabi Muhammad SAW.. Telah bersabda yang bermaksud..,
"..Berikan makananmu untuk orang-orang yang bertakwa dan berikan pakaianmu untuk orang-orang mukmin.."
Jika kamu memberikan makananmu kepada para muttaqin serta membantu dia dalam urusan dunia, lalu kamu mendapatkan bahagian pahala dari amal yang ia lakukan.. Tidak kurang sedikitpun.. Kerana kamu telah menolong niatnya dan telah menghilangkan kesulitannya. Pendek kata, kamu telah mempercepatkan langkahnya ke hadapan ALLAH Azza Wajalla.. Demikian pula jika kamu memberikan makananmu kepada orang munafik yang pamer dan bermaksiat, serta membantunya dalam urusan dunia, bererti kamu akan mendapat siksa kejahatannya.. Tidak kurang sedikitpun.. Kerana kamu telah menolongnya dalam maksiat kepada ALLAH Azza Wajalla.. Tentu saja keburukannya akan kembali kepadamu...
HAKIKAT PENGABDIAN,
Syeikh Abdul Qadir al-Jailani
Terjemahan dari;
Al-Fath ar-Rabbani
Alih bahasa;
Muhamad Qadirun Nur.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan