ANAK KUNCI GEDUNG KHAZANAH LANGIT DAN BUMI
( Jika kamu hitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya )Khazanah langit dan bumi ( yang tersebut beberapa kali dalam al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w berkata kepadanya : " Kamu bertanya kepada saya , yang orang lain belum bertanya, kunci pembuka khazanah Langit dan Bumi itu adalah sebagai berikut:-
Laillaha illa llahu wa-llahu akbarWa subhan Allahi wal-hamdulillahiWastaghfirullah alladhi la illaha illa huWal awalu, wal-ahkiru, waz-zahiru la yumutuBi-yadihil-khayr wa huwa ala kulli shay'in QadirErtinya :
,Tiada yang disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar,Maha Suci engkau segala puji bagi Allah. Aku mohon ampun kepada Allah, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan dia. Dia yang awal, dia yang akhir, dia yang zahir,dia yang bathin, yang menghidupkan, yang mematikan. Dia yang hidup tanpa mati, padanya segala kebaikan dan ia berkuasa atas segala sesuatu.
Nabi Mumammad s.a.w bersabda. " Wahai Uthman ! - Barang siapa membacanya 100 kali sehari akan dikurnia 10 faedah:-
PERTAMA : Segala dosanya yang lalu akan diampun.
KEDUA : Terlepas dari siksaan neraka.
KETIGA : Dua orang Malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan kesiksaan.
KEEMPAT : Dia dikurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat.
KELIMA: Dia mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail r.a.
KEENAM : Dia diberi pahala seperti membaca seluruh al-Quran, Zabur, Taurat dan Injil.
KETUJUH : Sebuah rumah akan didirikan untuknya disyurga.
KELAPAN : Dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga.
KESEMBILAN : Dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan.
KESEPULUH : Permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.
Wahai Uthman !, kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari, kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan